Sumbangan Kecemerlangan SPM 2024

Yang Berbahagia Datuk / Dato' / Tuan / Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kami doakan semoga Yang Berbahagia Datuk / Dato' / Tuan / Puan berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Kami wakil ibu bapa daripada AF31 Families, sebuah Sekolah Menengah di Kuala Lumpur berbesar hati ingin memaklumkan mengenai rancangan melaksanakan program KECEMERLANGAN SPM 2024 kepada anak-anak kami. Ini adalah inisiatif di bawah Parent Support Group Akademik (PSGAC) yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak seramai 31 orang menjelang SPM 2024 yang dijangka bermula peperiksaan bertulis pada 18 Disember 2024. Pelajar-pelajar ini datang dari seluruh Malaysia dengan pelbagai latar belakang keluarga tetapi mempunyai matlamat kejayaan yang sama. Justeru itu, kami dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak Datuk / Dato' / Tuan / Puan agar kami dapat melaksanakan program ini dengan jayanya di bawah PSGAC. Program ini akan dipantau oleh guru-guru dari segi prestasi anak-anak dari semasa ke semasa dan akan dinilai menggunakan sistem Report Card.